Selamat Datang

Al-kisah pengembaraan





TREN TRANS SIBERIA

        Waktu tingkatan 3 dulu aku ni suka sangat la duk meneliti peta-peta yang ada dalam buku geografi. Aku perasan ada satu landasan tren yang sangat panjang merentasi Rusia. Memang sangat teruja la aku waktu tu. Agaknya kalau ada orang bagi aku ais krim Magnum 10 bungkus pun aku tolak tepi kot. Balik rumah je terus aku dail 1515, talian internet yang tersangat laju pada waktu tu hanya untuk memastikan memang wujud ke landasan tu (mane la tau kalau ada silap cetak peta tu kan :P). Dengan bantuan Webcrawler & Altavista yang power gile waktu tu, terjawab la segala persoalan dalam diri aku. Waktu tu la aku kenal Trans-Siberia Railway ni.     
         Dari sekolah dulu aku memang suka sangat backpack ni. Setakat ni pengalaman takde la banyak sangat dalam bab2 backpack ni. Setakat Indonesia, Singapura dan Sarawak tu pernah la backpack sorang. Tapi kalau cite pasal Trans Siberia ni, memang tak ramai kawan-kawan aku yang tertarik atau tahu akan kewujudannya. Akhirnya, aku jumpa la jugak sorang yang pernah naik tren ni iaitu bekas pensyarah aku masa di UiTM dulu. Waktu dia belajar di UK dulu, dia siap keje kat kilang buat nugget ayam semata-mata nak kumpul duit sekitar RM15,000 semata-mata nak balik Malaysia guna tren Trans Siberia.  

                                                          Landasan Tren Trans Siberia

                 
            Apa yang menarik perhatian aku tentang Trans Siberia ni ialah jaraknya. Dari Beijing di China hingga ke Moscow di Rusia menggunakan tren. Jarak perjalanan ini dianggarkan melebihi 10500km atau lebih 200 jam di atas tren. Trans Siberia ni merentas separuh daripada permukaan tanah kat muka bumi. Antara tempat-tempat yang akan dilalui ialah  Beijing - Ulanbaatar - Ulan-Ude - Irkutsk - Novosibirsk - Yekaterinburg - Volgograd - Moscow - Yaroslavl - Moscow - Saint Petersburg. Dalam erti kata lain, perjalanan ni juga merentas pelbagai cuaca, masa, budaya dan cara hidup yang terdapat di muka bumi ni. Bayangkan la dari hujung Timur Asia hingga la ke Eropah. Memang Da bom la kan..hehe.

Irkutsk, Rusia
                                                                          Berhampiran Baltic

            Bahasa memainkan peranan yang sangat penting bila hendak backpack menggunakan Trans Siberia ni. Aku pernah terbaca dalam blog sorang backpacker dari UK. Dia ada sebut yang waktu dia nak ikuti Trans Siberia ni, dia beli tiket di Jerman sebab harganya jauh lebih murah berbanding di Rusia. Di Rusia, harga tiket akan murah kalau kita fasih berbahasa tempatan tidak kira apa warna kulit kita. Lagipun kalau kita cuba berkomunikasi dengan mereka menggunakan bahasa Rusia, mereka jadi hormat kat kita.      


Masjid Biru


Berhampiran Kansk

           Secara kesimpulannya, Trans Siberia ni antara destinasi yang aku idamkan selepas mengerjakan Haji dan Umrah. Ada juga kawan-kawan yang cakap kat aku "baik duit tu kau buat untuk kahwin je".hehehhe... Bumi Allah S.W.T ni sangat luas untuk kita terokai. Banyak lagi benda yang menarik yang mungkin belum sampai ke pengetahuan kita. Bagi aku, kalau ada rezeki, apa salahnya  :)   ....Sampai setakat ni la dulu kot..Mau tidur suda :P

P/S: Banyak lagi info pasal Trans Siberia ni..Kalau nak taip, jawabnya esok aku tak pegi kelas ler yek.. Saksikan video berikut tentang perkembangan Bahasa Melayu dan Malaysia di Rusia. Saya sangat suka  :)  <3